World #QuranHour 2021 ajak umat Islam patuh arahan kerajaan

Iklan
Ahmad Marzuk Shaary (tujuh, kiri) bergambar bersama qari pada Program World #QuranHour 1442H/2021 bertemakan 'Dunia Berbudi dan Penyayang' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Bertemakan ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’, World #QuranHour 2021 mengajak umat Islam di negara ini untuk mengambil serius dan mematuhi arahan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata bertepatan dengan itu World #QuranHour 2021 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) memilih Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan sebagai surah pilihan.

Iklan
Iklan

"Kalau dilihat kepada kandungan surah Al-Mulk, ia sangat sesuai dengan situasi ketika ini di mana negara berhadapan dengan ujian yang sangat besar.

"Ini bermakna kerajaan bukan sahaja kerajaan Malaysia, malah di seluruh dunia sedang diuji dengan hebat sekali. Diharap Surah Al-Mulk dapat membina kekuatan kerajaan di dalam diri kita, keluarga, organisasi serta komuniti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Iklan

World #QuranHour 2021 yang memasuki tahun keenam itu dihadiri 120 peserta termasuk qari dan penterjemah dan disiarkan secara langsung oleh penyiar utama Astro Oasis serta Bernama TV, TV Al-Hijrah dan siaran digital Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV Okey.

Selain menjadi pentas terbaik bagi umat Islam mendalami Al-Quran di bulan Ramadan, Ahmad Marzuk berkata World #QuranHour 2021 menjadi platform penyatuan ummah di seluruh dunia kerana ia turut disiarkan melalui siaran digital dan sosial media.

Iklan

"Setakat semalam, pihak WUIF menerima pengesahan penyertaan sebanyak 462 juta penonton yang akan mengikuti World #QuranHour 2021 secara siaran digital dan sosial media,” katanya.

Untuk rekod, World #QuranHour 2020 mencatatkan 10 juta tontotan. - Bernama