PKPD di 16 lokaliti Sungai Ruan, tujuh di Sempalit, Pahang

Iklan
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula dari 8 hingga 21 Mei ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 16 lokaliti di Sungai Ruan adalah Taman Dahlia; Taman KSM Sungai Ruan; Taman Bunga Raya; Taman Sungai Ruan; Taman Cempaka; Taman Bunga Matahari; Taman Koperasi Mewah; dan Taman Melewar.

Iklan
Iklan

Turut tersenarai adalah Taman Mawar; Taman Mawar Impian; Taman Bunga Tanjung; Taman Bunga Angsana; Taman Melor; Taman Orkid; Rumah Murah Sungai Ruan; dan Kampung Baru Sungai Ruan.

Bagi tujuh lokaliti di Sempalit pula adalah Kampung Baru Sempalit; Taman Sempalit Indah; Taman Sempalit Baru; Taman Sempalit Aman; Taman Sempalit Jaya; Taman Emas serta Taman Emas Baru.

Iklan

"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar,” menurut Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengenai PKP hari ini.

Selain itu, PKPD turut dilaksanakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor bermula 8 hingga 21 Mei susulan peningkatan kes COVID-19 mendadak dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Iklan

Ismail Sabri berkata, sehingga kini KKM telah melakukan 212 ujian saringan dengan 96 orang daripadanya didapati positif.

Menerusi kenyataan sama, beliau memaklumkan penamatan PKPD Taman Seri Desa, Kuala Krau di Temerloh, Pahang mulai esok.

Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata seramai 411 individu ditahan semalam dengan 408 dikompaun manakala tiga lagi direman.

Antara kesalahan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (168); tidak memakai pelitup muka (94); tiada penjarakan fizikal (61) dan aktiviti pusat hiburan (56).

Bagi kawalan sempadan negara pula, beliau berkata 14 pendatang tanpa izin ditahan selain 11 kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam. - Bernama