Surah Al-Mulk petunjuk hala tuju kerajaan

Iklan
Fazrul Ismail

PUTRAJAYA - Penghayatan Surah Al-Mulk menerusi program World #QuranHour menjadi petunjuk kepada hala tuju kepada kerajaan dalam memastikan negara kembali normal.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Fazrul Ismail berkata, sistem pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat kecil atau besar dilihat gagal.

Iklan
Iklan

"Ini kerana kerana kita tahu bahawa manusia tidak mampu untuk menguruskan negara tanpa pergantungan ALLAH SWT.

"ALLAH SWT tidak pernah gagal dalam menguruskan alam ini. Jadi, pemimpin perlu kembali muhasabah, tengok balik apa yang perlu diperbaiki untuk memastikan keadaan negara kembali normal dan bahagia,” katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, program tersebut turut melatih umat Islam untuk bersyukur selain meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT.

"Ini penting untuk mengelakkan kegusaran dalam diri seseorang, memandangkan masing-masing terpaksa berdepan dengan normal baharu,” katanya.

Iklan