Status Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia diketahui Selasa

Iklan
Pelari sensasi, Khairul Hafiz Jantan dijangka menyertai Kejohanan Olahraga Malaysia pada Jun depan.

STATUS penganjuran Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Bukit Jalil mulai 11 hingga 13 Jun depan akan diketahui Selasa ini.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk S.M. Muthu berkata, keputusan sama ada penganjuran boleh diteruskan atau sebaliknya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diumum sejurus mesyuarat berhubung penganjuran tersebut selesai.

Iklan
Iklan

"Kita perlu menilai semula penganjuran kejohanan berkenaan kerana kes Covis-19 yang kembali meningkat dan pelaksanaan semula PKP,” katanya yang dihubungi Bernama pada Khamis.

Muthu berkata, sekiranya diteruskan, kejohanan itu akan diadakan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil seperti perancangan awal.

Iklan

KOM sebelum ini menganjurkan Kejohanan Grand Prix Malaysia dari 10 hingga 11 April lepas di lokasi sama, iaitu kejohanan kompetitif pertama buat sebahagian besar atlet olahraga negara sejak penularan pandemik Covid-19 tercetus pada Mac tahun lepas.

Pada Rabu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP dikuatkuasakan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 7 hingga 20 Mei ini. - Bernama

Iklan