Muaz Kool FM dikritik menyanyi; cuba berlakon

Iklan
Muaz Mohamed

JEJAKA tinggi lampai ini sudah 11 tahun berkecimpung dalam dunia industri seni dan hiburan tanah air, namun entah di mana silap percaturannya, pemilik nama Muaz Mohamed mengakui masih belum betul-betul menyerlah.

Justeru, Muaz yang merupakan pengacara dan penyampai radio di Kool FM, berkata, dia mahu mencuba bidang lakonan pula.

Iklan
Iklan

"Perancangan tahun ini, dari segi kerjaya masih lagi fokus untuk Kool FM dan Borak Kopitiam untuk siri baharu.

"Selain itu, saya nak mencuba menjadi pelakon sebagaimana rakan industri lain.

Iklan

"Saya dah pernah cuba untuk jadi penyanyi dengan buat cover lagu sebelum ini. Ternyata saya bukanlah penyanyi apabila menerusi komen-komen di media sosial lebih banyak kritikan.

"Oleh sebab itulah kuat hati saya mahu jadi pelakon dan perluaskan lagi bakat,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Muaz turut mengakui agak mencabar untuknya berdiri di tengah kebanjiran pendatang baharu.

"Untuk kekal relevan agak mencabar sebab lambakan BBNU seperti Instafamous, YouTubers. Mereka ada kehebatan dari segi media sosial, kelab peminat.

"Kelebihan saya hanya pada pengalaman, mungkin saya akan ikut cara mereka sedikit demi sedikit,” katanya.

Berbicara mengenai populariti, jejaka berusia 35 tahun ini mahu dikenali sebagai pengacara dan penyampai radio yang berbakat.

"Mungkin orang kenal tetapi saya berasakan belum sampai ke tahap itu lagi. Popular itu penting cuma takut makan diri sendiri.

"Jadi saya kena relak dan mengenali orang ramai terlebih dahulu apabila hadir ke mana-mana acara.

"Saya yakin bila kita ada bakat, ia akan bawa ke satu tempat lebih hebat. Ini dah terbukti pada artis hebat lain yang mana mereka tidak menjual gosip dan muka, tetapi menjual bakat, contoh terdekat, Aznil Haji Nawawi,” ujarnya yang mengimpikan mengacarakan majlis berprestij selepas ini.

Sengaja jarak usia

Berkongsi perasaan apabila sudah bergelar bapa kepada seorang cahaya mata lelaki, Muaz, berkata, dia kini sudah faham tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Sekarang ini isteri dan anak memang akan menjadi keutamaan saya. Dulu tak faham selagi tak jadi bapa.

"Saya selalu tengok bapa-bapa bila bercuti sahaja mesti nak cari barang-barang untuk anak terlebih dahulu.

"Jadi, bila saya sudah jadi bapa barulah saya faham. Begitu juga apabila saya kerja luar kawasan, saya terbayang wajah anak yang panggil nama saya," ujarnya.

Tambah Muaz lagi, kehadiran cahaya mata dalam hidupnya membuatkan dia lebih fokus terhadap kerjaya.

"Bila sudah ada anak ini jugalah membuatkan saya lebih tekun bekerja demi anak.

"Bila dah jadi bapa kerja saya dah macam on call.

"Apa-apa jadi kepada anak, sakit ke, ada masalah di sekolah ke, saya kena ada di sisinya," katanya lagi.

Muaz bakal menimang cahaya mata lelaki kedua pada awal Mac depan.

"Sekarang ini anak pertama saya, teruja nak dapat adik.

"Saya dan isteri pun sengaja jarakkan masa lima tahun agar dia boleh jaga adik.

"Selain itu, dari segi pengurusan masa mudah untuk isteri dan saya nak urus bersama," akhirinya.