Pengambilan vaksin tanggungjawab bersama, tidak bertentangan agama

Iklan
Dr Azizi Ayob

SHAH ALAM - Konsep pengambilan vaksin adalah tanggungjawab bersama dan tidak bertentangan dengan kaedah agama kerana penggunaan vaksin mampu untuk menyelamatkan nyawa manusia.

Presiden Ikatan Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Profesor Dr Azizi Ayob bagaimanapun berkata, pelbagai alasan digunakan pihak tertentu untuk mengelakkan diri mereka daripada menerima vaksin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara alasan diberikan termasuklah isu keagamaan atau isu-isu tertentu, maka kaedah atau kadar penggunaan vaksin untuk mencapai sasaran yang ditetapkan menjadi terbantut.

"Ada juga yang bertanya kepada saya kenapa kita sibuk sangat ingin hendak mengetahui ataupun ingin mencapai imuniti. Adakah Islam menyuruh sehingga konsep vaksin itu digunapakai.

Iklan

"Atau (vaksin boleh diguna) pada kadar yang luas seperti tertulis dalam pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Malaysia atau PICK sehingga 70 hingga 80 peratus penduduk di Malaysia.

"Jadi dengan erti kata lain logik sainsnya ialah dia (vaksinasi) tidak bertentangan dengan kaedah agama di mana membenarkan vaksin itu digunapakai (pada skala) biasa atau lebih besar.

Iklan

"Kita juga boleh lihat betapa kesan (vaksin dalam) jangka masa pendek dan panjang," katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-254 bertajuk 'Vaksin Untuk Rakyat: Kenapa Bimbang Dengan Astrazeneca' disiarkan menerusi dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Wacana turut menampilkan Profesor Epidemiologi, Kuliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Jamalludin Ab Rahman dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Azizi turut mengambil contoh Israel, walaupun ia dikenali sebagai sebuah negara banyak membawa isu-isu berkaitan keganasan, namun menetapkan sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peratus rakyat di negara itu menerima vaksin.

Menurutnya, langkah itu bagi mengawal Covid-19 setelah Israel mengalami tiga gelombang bermula tahun lepas sehinggalah gelombang ketiga bermula pada akhir Disember sehingga Januari tahun ini.

"Jadi kerajaan Israel telah menetapkan mengambil atau secara tersasar untuk dapatkan sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peratus rakyat mereka menerima vaksin.

"Pada Januari, kes aktif di Israel mencapai sehingga 71,000 kes dan selepas hampir lebih 50 peratus rakyatnya menerima vaksin, data terbaharu saya rujuk kepada (data WHO) kes aktif di sana turun sehingga menjadi 1,100 lebih sahaja," katanya sekaligus menolak dakwaan vaksinasi adalah agenda Yahudi.

Tambahnya, Islam amat menggalakkan penerimaan vaksin kerana ia boleh menjaga nyawa, kesihatan dan sebagainya serta tidak bertentangan dengan konsep perawatan penularan Covid-19.