Pogba cetuskan revolusi puasa

Iklan

MAJORITI media di Britain memberikan publisiti meluas kepada Paul Pogba, pemain tengah Manchester United yang berpuasa ketika membantu kelabnya membelasah AS Roma 6-2 pada separuh akhir pertama Europa League, 30 April lalu.

Pemain kelahiran Perancis itu dilapor enggan mengambil makanan selepas tamat separuh masa pertama permainan.

Iklan
Iklan

Wartawan sukan popular Britain, Reshmin Chowdhury dalam Twitternya menyebut betapa Pogba berpuasa sepanjang perlawanan menentang AS Roma.

Pogba dilaporkan berbuka puasa secara tergocoh-gocoh selepas tamat perlawanan kerana terpaksa tampil pada sidang media pasca pertemuan.

Iklan

Kicauan Twitter Chowdhury mendapat respons menarik daripada salah seorang legenda Manchester United, Rio Ferdinand.

Penulis mengambil sedikit inisiatif menonton semula perlawanan tersebut. Tempo permainan sangat rancak dan Pogba dilihat menggunakan banyak tenaga.

Iklan

Gandingan bersama Bruno Fernandes melengkapkan penguasaan Manchester United. Pogba juga menyumbang hantaran kepada Fernandes dan Edinson Cavani menyumbat gol. Pogba turut meledak gol kelima perlawanan.

Persembahan masterpiece itu diperagakan pemenang Piala Dunia pasti menimbulkan banyak tanda tanya. Daripada mana Pogba mendapat tenaga? Ketika ditanya media, Pogba mendongak menuding ke langit dan berkata:"ALLAH menolong kami ..."

Namun, penulis mendapati ramai rakyat Malaysia sukar meningkatkan tahap produktiviti sepanjang berpuasa. Walhal, umat Islam terdahulu berperang pada bulan puasa.

Rasulullah SAW memimpin umat Islam pada Perang Badar dan Perang Khandaq.

Penaklukan kota Makkah selepas tahun ke-8 Hijrah berlaku pada bulan Ramadan. Perang Tabuk yang menyaksikan umat Islam menewaskan tentera Rom turut tercetus pada bulan puasa.

Begitu juga Perang Ain Jalut turut berlaku pada bulan puasa 1260.

Justeru, kenapakah kita melihat tahap produktiviti menurun pada bulan Ramadan. Sering kita terdengar ramai mengeluh sukar bekerja secara maksimum sepanjang berpuasa.

Sedangkan, Rasulullah SAW berpesan melalui hadis riwayat Abu Naiim, Muslim, Ahmad dan an-Nasai maksudnya:"Puasa adalah sebagai pelindung, maka berpuasalah kamu nescaya kamu sihat.” ALLAH SWT turut berpesan dalam Surah al-Baqarah ayat 183 -187.

Bermanfaat

Kajian penulis mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Pengurusan berat badan, regenerasi sel darah, jantung dan vascular bertambah baik sepanjang Ramadan.

Proses menyahtoksin berjalan rancak pada bulan puasa. Semua toksin berbahaya dibebaskan daripada dalam badan manusia.

Puasa juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid, sekali gus meningkatkan metabolisme.

Puasa mendorong enzim hati memecah kolesterol dan lemak untuk mengubahnya menjadi asid hempedu. Puasa juga menyebabkan proses mengurangkan berat badan mudah dilakukan.

Puasa menguatkan sistem imunisasi. Sel darah merah dan putih bersama platelet diperkuatkan selepas makan pada waktu berbuka.

HGH atau Human Growth Hormone turut dihasilkan secara organik.

Ramai atlet profesional menggunakan kaedah puasa sebelum kejohanan besar kerana ia kunci bagi membakar lemak dan pengoptimum pertumbuhan otot.

Secara biologinya, selepas lebih tiga minggu Ramadan berlalu, perubahan fisiologi badan sudah diadaptasi dengan mudah.

Puasa juga sebenarnya rawatan tertua di dunia.

Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara merawat pesakit.

Dikatakan, Plato, Socrates dan Pythagoras sering berpuasa demi meningkatkan tahap pemikiran mereka.

Penulis mahu mitos kononnya Ramadan mengurangkan tahap produktiviti umat Islam di Malaysia harus dihentikan segera.

* Ir Dr Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteran Sukan, Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor