Bimbang kes Covid-19 bertambah teruk

Iklan
Gambar kecil: Dr Marzuki

KUALA LUMPUR - Pakar Kesihatan Awam bimbang mengenai situasi Covid-19 yang bertambah teruk selepas bazar Ramadan dan Aidilfitri masih dibenarkan beroperasi di beberapa negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Ia berikutan trend terkini yang mendapati bazar Ramadan dan Aidilfitri dikenal pasti menjadi punca kenaikan kes positif Covid-19 baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Marzuki Isahak berkata, walaupun tempat terbuka berisiko rendah berbanding tempat tertutup namun aktiviti berkumpulan seperti mengunjungi bazar menjadi punca jangkitan.

"Kalau kita lihat bilangan yang datang ke bazar tersebut ramai sehingga kadang-kadang pihak keselamatan yang menjaga bazar tak boleh kawal sehingga menyumbang kepada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP).

Iklan

"Kalau yang datang ke bazar tersebut patuh SOP saya rasa tiada masalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut tapi berdasarkan pemerhatian saya agak mustahil,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai perbezaan SOP yang dilaksanakan di Selangor dan Kuala Lumpur, Dr Marzuki berkata, ia mungkin berdasarkan data yang diterima oleh Task Force di negeri masing-masing.

Iklan

"Kalau kita lihat, kadar jangkitan di Kuala Lumpur sebenarnya lebih rendah berbanding di daerah Petaling di Selangor.

"Jadi kuasa tersebut bergantung bagaimana data yang diperoleh Task Force dan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan untuk melakukan tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin PBT pasti tahu keputusan yang dilakukan memandangkan mereka lebih arif mengenai data semasa kes jangkitan Covid-19.

Untuk rekod, bazar Ramadan masih dibenarkan beroperasi di Kuala Lumpur sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 namun tidak dibenarkan di Selangor manakala bagi bazar Aidilfitiri pula, operasi dibenarkan di kedua-dua negeri.