Pemuda Amanah kecam karikatur hina nabi

Iklan
Hasnul

IPOH - Pemuda Amanah Perak mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan ke atas pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah melalui karikatur sangat melampau dan keterlaluan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penyiaran karikatur itu telah melanggar sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

"Semua sedia maklum Nabi Muhammad adalah insan yang paling dihormati dan mulia di sisi umat Islam, tindakan menghina Rasulullah seolah-olah mencabar kesabaran umat Baginda.

Iklan

"Kami beranggapan, penghinaan tersebut secara tidak langsung telah menggugat keamanan dan mencemarkan keharmonian negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata, seharusnya seluruh rakyat Malaysia menghormati sensitiviti semua agama di dalam negara ini dan tidak melakukan sebarang tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.

Iklan

Dalam pada itu, pihaknya yakin penghinaan yang dibuat itu tidak mewakili mana-mana pihak dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian mengutuk tindakan tersebut.

"Pemuda Amanah Perak mendesak pihak bertanggungjawab termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM mengambil tindakan secara tuntas dan sewajarnya.

"Kami yakin kerajaan di era Malaysia baru tidak akan membiarkan tindakan melampau sebegini berleluasa," katanya.