PENGURUS kepada Fitri Haris yang dikenali sebagai El memberitahu penyanyi itu ketika ini kunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu UNIC.
Bercakap kepada Sinar Harian, pertemuan antara UNIC bersama bekas vokalis UNIC sebelum ini hanya membincangkan identiti tetapi tidak pada lagu-lagu UNIC.
"Bagi pihak pengurusan Fitri Haris, saya minta maaf sebab ketika ini Fitri terpaksa mengambil langkah untuk berdiam diri.
"Mengenai perbincangan dua bulan lalu, isu yang dibincangkan adalah lebih kepada perbincangan identiti Fitri Haris.
[ARTIKEL BERKAITAN: Move on lah Fitri, hormat yang lain: Bazli UNIC]
Iklan