Solskjaer teruja United mara ke final

Iklan
Cavani beraksi cemerlang membantu kemenangan United.

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solskjaer teruja apabila skuad kendaliannya itu mara ke final Liga Europa, biarpun tewas 2-3 kepada AS Roma bagi aksi separuh akhir kedua, di Stadio Olimpico pada awal pagi Jumaat.

Menurutnya kesemua pemain The Red Devils itu telah beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan terutamanya penjaga gol David de Gea dan penyerang, Edinson Cavani yang bertindak cemerlang penghujung perlawanan.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu kami lega dengan kemenangan ini dan saya harus memberikan kredit kepada pemain atas aksi cemerlang yang ditunjukkan di sepanjang perlawanan.

"Ya, kami tewas dan saya sebenarnya tidak suka pada kekalahan malah keputusan perlawanan kali juga seharusnya melibatkan jumlah jaringan yang lebih besar.

Iklan

"Agak aneh, kerana kedua-dua pasukan berpeluang untuk menjaringkan enam atau lapan gol pada perlawanan berkenaan, tetapi ia tidak berlaku,” katanya.

Pada perlawanan berkenan, United membuka jaringan menerusi Edinson Cavani pada mint ke-39, namun Edin Dzeko menyamakan (min-57), Bryan Christante (min-60) sebelum Cavani sekali lagi menjaringkan gol kedua buat Untied pada minit ke-68.

Iklan

10 minit kemudian pemain Roma, Alex Telles pula telah tertampan bola ke pintu gol sendiri dan memberikan gol ketiga dan juga gol kemenangan buat pelawat.

Sementara itu Solskjaer mengakui teruja untuk beraksi di pentas final Liga Europa, berdepan pasukan La Liga, Villareal 27 Mei depan.

Katanya, pihak kejurulatihan kini sedang mengkaji dan mengenal pasti segala-galanya mengenai Villareal, khususnya melibatkan kelemahan serta kekuatan skuad La Liga berkenaan.

"Saya meramalkan aksi sengit berdepan Villareal, namun beginilah aksi yang kami idam-idamkan iaitu untuk beraksi pada final, perlawanan terakhir bagi musim ini dan berpeluang memenangi trofi,” katanya.