Arsenal sewajarnya menang: Arteta

Iklan
Penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang melakukan tandukan ke pintu gol Villareal pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Emirates, pada awal pagi Jumaat.

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan skuad kendaliannya itu sewajarnya memenangi aksi berdepan Villareal pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Emirates, pada awal pagi Jumaat.

Bagaimanapun, Arteta turut mengakui skuad kendaliannya tidak berada dalam kondisi yang baik bagi mengharungi aksi separuh akhir berkenaan berikutan masalah kecederaan ramai pemain utama.

Iklan
Iklan

Menurut Arteta, skuad kendaliannya itu hadir dengan masalah kecederaan pemain utama seperti Granit Xhaka dan ia dilihat menjadi antara penyebab kepada kegagalan The Gunners mara ke final Liga Europa kali ini.

"Kami benar-benar kecewa dan kami perlu mengucapkan tahniah kepada Villareal atas kemenangan mereka.

Iklan

"Kami telah mencuba segala-galanya sehingga ke minit yang terakhir dan kami sewajarnya memenangi perlawanan itu.

"Namun, ia tidak menjadi seperti mana yang diharapkan,” katanya.

Iklan

Walaupun terikat tanpa jaringan dengan The Gunners

Villarreal mara ke final Liga Europa hasil kemenangan 2-1 ke atas The Gunners pada aksi separuh akhir pertama 30 April lalu.

Sementara itu, Arteta tetap menganggap skuad kendaliannya itu wajar memenangi perlawanan berkenaan berdasarkan kepada persiapan pasukan.

Namun Arteta agak kecewa apabila Xhaka mengalami kecederaan pada sesi memanaskan badan hingga menggagalkan segala percaturan taktikal yang telah diatur.

"Kami wajar memenangi perlawanan ini. Kami memiliki sekurang-kurangnya tiga peluang gol berbanding mereka (Villareal) yang langsung tidak melakukan percubaan ke arah gol, tetapi mereka yang layak ke final.

"Kami juga perlu menyalahkan diri sendiri kerana pemain kami juga tidak mencuba dengan sedaya upaya pada perlawanan ini,” katanya.