Peniaga miang cabul wanita didakwa

Iklan
Gambar hiasan

JEMPOL - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret Bahau pada Jumaat atas pertuduhan mencabul seorang wanita Selasa lalu.

Tertuduh, Mohamad Rafi Harun, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Iklan
Iklan

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh pada jam 4 petang, 4 Mei lalu di sebuah bengkel membuat kuih raya di Taman Dato Undang Abu Bakar didapati menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nur Hani Adibah Amirudin, 25 dengan memeluknya dari belakang.

Tertuduh meletakkan tangan kiri di bahagian pinggang dan tangan kanan di bahagian payudara wanita berkenaan dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Iklan

Oleh yang demikian, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi menawarkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh selain syarat tambahan, tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Iklan

Namun, tertuduh yang diwakili peguam M K Morthi memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh penduduk tempatan dan tidak akan melarikan diri.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta kekal dengan syarat tambahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula.