1,800 tiket konsert Blue sudah terjual

Iklan

MASIH ingatkah anda dengan seleksi lagu All Rise, One Love, If You Come Back dan lagu lain nyanyian kumpulan Blue.

Jika ya, berita baik buat anda kerana kumpulan ini akan hadir ke Malaysia untuk Konsert Blue Live in Malaysia 2019, yang bakal berlangsung Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM Cheras, Kuala Lumpur, pada 3 Mac depan.

Iklan
Iklan

Biarpun sebelum ini kumpulan yang dianggotai oleh Lee Ryan, Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa membuat keputusan untuk memberi fokus kepada karier solo masing-masing, namun demi peminat, mereka kembali bergabung.

Konsert yang dianjurkan oleh syarikat KC & Friends bersama dengan Terry and The Cuz ini mensasarkan seramai 2,500 penonton dan setakat ini, 1,800 tiket sudah terjual.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif KC & Friends, Kesavan Purusotman berkata, kumpulan ini akan membuat persembahan selama 60 ke 75 minit dan menyampaikan seleksi lagu baharu dan lama.

"Kami sangat teruja untuk berkongsikan berita gembira dengan kehadiran Blue ke Malaysia selepas kali terakhir mereka hadir membuat persembahan di sini 16 tahun lalu.

Iklan

"Apa yang boleh saya pastikan, ke semua mereka akan terlibat untuk konsert ini nanti dan Blue akan menggamit memori peminat setia mereka dengan seleksi lagu-lagu popular mereka termasuk beberapa buah lagu baharu yang akan dipersembahkan nanti," katanya ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan.

Konsert itu juga nanti akan dihiburkan dengan persembahan pembukaan daripada deejay Jakeman yang akan menghiburkan penonton dengan mainan disc jockey lagu-lagu popular boyband era 90-an.

Harga tiket yang masih dijual bermula dari RM208 (Cat 2), RM258 (Cat 1) dan RM398 (VIP). Manakala tiket VVIP (meet & greet) (RM598), RM158 (Cat 3) dan RM98 (Cat 4) sudah habis terjual.