137 kg durian dari Thailand dirampas

Iklan
Anggota penguat kuasa Maqis memeriksa lori yang membawa buah durian di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam pada Sabtu.

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk durian dari Thailand, pada Sabtu.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, lori dari Thailand yang membawa muatan 137 kilogram (kg) durian itu ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kerana gagal mematuhi syarat import yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai penguasa Maqis mendapati durian yang dianggarkan bernilai RM1,096 gagal mematuhi syarat 3P (Penggredan, Pembungkusan, dan Pelabelan).

"Kesalahan yang dilakukan adalah tidak meletakkan buah ke dalam bakul, barangan itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana tidak mematuhi syarat import,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Lily Rosalind berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasakan di semua pintu masuk negara bagi keluaran pertanian yang dibawa masuk ke negara ini, mereka hendaklah mematuhi peraturan ditetapkan bagi memastikan aspek biosekuriti negara terjamin,” katanya.

Iklan