Dua remaja nyaris rentung terperangkap dalam kebakaran

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat memotong pintu 'roller shutter' yang tersekat dengan gergaji khas sebelum kerja-kerja pemadaman dilakukan di sebuah pasar raya di Bandar Meru Raya, Ipoh pada Jumaat.

IPOH - Dua remaja lelaki berjaya diselamatkan orang awam selepas terperangkap di sebuah premis menyimpan pakaian yang terbakar di sebuah pasar raya di Bandar Meru Raya, di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun itu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.09 petang.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya bertindak memotong pintu 'roller shutter' yang tersekat menggunakan gergaji khas sebelum kerja-kerja pemadaman kebakaran dilakukan di premis tersebut.

Iklan

"Usaha memadamkan kebakaran mengambil masa 20 minit menggunakan hose reel di bangunan tersebut dengan dibantu sistem water sprinkler.

"Kerja-kerja mengawal kebakaran itu turut dibantu anggota BBP Ipoh dan Sungai Siput," katanya ketika dihubungi pemberita pada Jumaat.

Iklan

Muhamad Shahrizal berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.