KUALA LUMPUR - Saman cukai lapangan terbang atau caj perkhidmatan penumpang (PSC) terhadap kumpulan AirAsia sedang dihujahkan di mahkamah dan proses itu perlu dibiarkan berjalan lancar, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
MAHB menjelaskan, PSC adalah kadar statutori ditetapkan kerajaan dan diterbitkan menerusi pewartaan dan memberi kesan terhadap ekonomi industri penerbangan negara.