Individu di Kelantan kurang minat rentas negeri?

Iklan
Permohonan surat kebenaran bagi tujuan merentas negeri dalam kalangan penduduk di Kelantan menunjukkan penurunan. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Permohonan surat kebenaran bagi tujuan merentas negeri dalam kalangan penduduk di Kelantan menunjukkan penurunan, namun tidak terlalu ketara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Shafien berkata, antara alasan yang digunakan semasa mengemukakan permohonan itu ialah melawat keluarga, pekerjaan dan perkahwinan jarak jauh (PJJ).

"Bagaimanapun menjelang sambutan Aidilfitri, kita akan meneliti terlebih dahulu permohonan sebelum meluluskannya,” kata beliau.

Iklan

Menurutnya, polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah peruntukkan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, polis Kelantan berharap rakyat di negeri ini terus patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Iklan

Shafien berkata, pematuhan itu bagi memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan.