SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebahagian rakyat Malaysia hanya memikirkan kos sara hidup berbanding perihal politik.
Malah katanya, rakyat akan lebih gembira sekiranya ahli politik memberi fokus untuk memperbaiki ekonomi negara.
Iklan
Iklan
"Apabila saya bersembang dengan masyarakat di bawah, isu yang dikemukakan adalah berkaitan kos sara hidup dan tadbir urus. Hanya sebahagian yang ambil tahu tentang politik pada ketika mereka perlu mengikat perut.
"Lelaki dan perempuan lebih suka jika ahli politik memberi fokus kepada usaha memperbaiki ekonomi dan keadaan negara,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PH akan tumbang jika gagal tunai janji
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memberi bayangan rakyat akan menjatuhkan kerajaan sekiranya gagal menunaikan janji pilihan raya.
Katanya, fasa sekarang, rakyat sedang memerhatikan langkah dan tindak-tanduk Kerajaan PH dalam usaha memenuhi janji-janji yang ditaburkan pada kempen PRU14 yang berlangsung tahun lalu.