SEMPENA Ramadan, GM Klang dan Sinar Harian menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan menerusi program Singgah Sinar Iftar 1-Meter.
Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang, Norsuhaida Othman berkata, GM Klang mengambil peluang terlibat dalam program itu sebagai merapatkan ukhuwah dan menyantuni frontliners sempena bulan Ramadan.
Selain itu menurutnya, kedatangan Ramadan juga adalah masa terbaik buat pusat pemborong itu meningkatkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti serta agensi kerajaan.
GM Klang telah memilih tiga lokasi berbeza untuk menyampaikan sumbangan iaitu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam; di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Subang