KELAB tangga kesembilan Liga Super, Perak FC berdepan tugas getir menjelang kunjungan Sri Pahang FC bagi aksi liga di Stadium Perak Ahad ini selepas dua tonggak mereka Shahrul Saad dan Guilherme de Paula menyertai penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT).
Kemasukan dua pemain berpengaruh dalam skuad The Bos Gaurus ke pasukan Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora tersebut diumumkan menerusi laman Johor Southern Tigers pada Sabtu.