KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Isnin ini di dua kawasan di Kanowit dan satu di Selangau.
JPBN dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Rh Boniface Manggie dan Rh Andin di Kanowit serta Rh Tatom, Batang Oya, Stapang di Selangau.