Kontraktor dituduh rogol anak tiri

Iklan

KOTA BHARU - Seorang bapa mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun.

Tertuduh yang bekerja sebagai kontraktor membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 57 tahun, didakwa merogol mangsa dalam sebuah rumah di Machang pada jam 8 pagi, 6 November 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Ahmad Bazli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000.

Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan supaya tidak dibenarkan untuk mengganggu mangsa selain melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Iklan
Iklan