Budak jatuh longkang: Masyarakat jangan cepat menghukum

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

SEREMBAN - Masyarakat diharap tidak menjatuhkan hukum kepada ibu bapa kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Seremban dalam kejadian petang Sabtu.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon sebaliknya berkata, perkara paling penting ketika ini ialah doa orang ramai supaya mangsa ditemui semula.

Iklan
Iklan

"Ini bukannya masa untuk menyalahkan sesiapa kerana yang pentingnya kita mahu mencari mangsa sehingga dijumpai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi pencarian pada malam Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun diminta memberi kaunseling kepada ibu mangsa yang dilihat masih lagi dałam keadaan sedih dan tertekan.

Dalam kejadian itu, Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban.

Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ketika bermain dengan seorang abangnya berusia sembilan tahun dan seorang kawan berusia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang

'Selamat tinggal' ayat terakhir sebelum dihanyutkan arus deras