Operasi SAR budak jatuh longkang diperluas

Iklan
Mohd Asree mengemas kini perkembangan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 pada Sabtu.

SEREMBAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini pada Sabtu disambung semula jam 7.40 pagi Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Asree Abd Hamid berkata, operasi pencarian yang ditangguhkan pada jam 3.31 pagi Ahad diteruskan dan diperluaskan dari kolam takungan air Taman Arowana sehingga ke Sungai Linggi.

Iklan
Iklan

"Kita pecahkan kepada dua pasukan iaitu pasukan pertama melakukan pencarian dari lokasi awal mangsa terjatuh sehingga ke kolam takungan.

"Pasukan kedua dari kolam takungan sehingga ke Sungai Linggi yang melibatkan pencarian sehingga sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, seramai 30 anggota bomba termasuk 14 unit skuba terlibat dalam operasi terbabit yang turut disertai anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pada malam Sabtu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Flat Cempaka di Seremban 2 di sini.

Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly dikatakan tergelincir ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ketika bermain dengan seorang abangnya berusia sembilan tahun dan seorang kawan berusia 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:'Selamat tinggal' ayat terakhir sebelum dihanyutkan arus deras

Kanak-kanak dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang