31 lagi SJR ditambah di Perak

Iklan
Mior Faridalathrash

IPOH - Polis Perak akan menambah 31 lagi sekatan jalan raya (SJR) susulan larangan rentas daerah dan negeri yang berkuat kuasa seluruh negara pada Isnin ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, SJR berkenaan akan melibatkan penugasan seramai 620 anggota.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 27 SJR sedia ada bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebelum ini akan terus dikekalkan.

"Berikutan larangan merentas daerah dan negeri yang berkuatkuasa esok, polis Perak dalam perancangan menambah sebanyak 31 lagi SJR.

Iklan

"Ini akan menjadikan jumlah keseluruhan 58 SJR di Perak dengan penugasan pegawai polis seramai 933 orang," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad.

Menurutnya, setakat ini, terdapat 450 pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) digerakkan bagi tujuan tersebut.

Iklan

"Bilangan SJR dan pasukan pemantau SOP ini akan bertambah mengikut keperluan semasa," katanya.

Pada Sabtu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perak membabitkan mukim Hulu Kinta merangkumi Ipoh, Chemor dan Tanjong Rambutan serta mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang di daerah Hulu Perak selama dua minggu mulai Isnin ini berikutan berlakunya peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.

Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara juga adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun depan.