Tindakan rejim Zionis tak bertamadun

Iklan
Polis Israel melakukan provokasi dan kekerasan ke atas penduduk Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam. Gambar kecil: Nazir Hussin

KUALA LUMPUR - Tindakan polis Israel melakukan provokasi dan kekerasan ke atas penduduk Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam adalah satu tindakan tidak bertamadun dan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Aidilfitri, Israel memilih untuk mewujudkan ketegangan dan kekacauan di sekitar masjid al-Aqsa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Israel yang suatu ketika dahulu menjadi mangsa kekejaman Nazi Jerman sepatutnya lebih memahami prinsip kedamaian dan kemanusiaan, malangnya mereka berubah menjadi sebuah kerajaan pemangsa.

"Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini menggunakan apa sahaja saluran media dan diplomatik untuk memberi tekanan kepada Israel dan kuasa-kuasa barat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, Pemuda UMNO Titiwangsa turut menyambut baik langkah Wisma Putra mengklasifikasikan tindakan Israel ini sebagai zalim dan mahukan kerajaan Israel dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

"Kenyataan berani itu harus diikuti dengan tindakan lebih proaktif mempengaruhi kuasa besar dunia bagi menekan Israel agar menyelesaikan konflik terbaharu ini secara aman," katanya.

Iklan