Warga emas maut nahas empat kenderaan

Iklan
Nahas membabitkan empat kenderaan di Gopeng menyebabkan seorang lelaki warga emas terkorban. Foto: ihsan bomba

GOPENG - Seorang lelaki warga emas maut manakala empat individu cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM 23.3 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Kampung Chulek di sini pada Ahad.

Nahas yang berlaku pada jam 1.55 petang itu membabitkan Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota Vellfire dan Perodua Alza.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa, Baharudin Tua, 89, merupakan penumpang Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada Perodua Myvi yang gagal memotong kenderaan di hadapannya.

Iklan

"Perodua Myvi dinaiki empat mangsa dari arah Kampar menuju ke Ipoh dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya.

"Ketika memotong, kenderan itu bertembung dengan Proton Saga dari arah bertentangan. Akibat pelanggaran itu, Perodua Myvi berpusing lalu melanggar Toyota Vellfire yang dari Ipoh dan Perodua Alza dari Kampar," katanya.

Iklan

Hasron Nazri berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi berusia 52 tahun dan dua penumpangnya turut cedera.

"Mereka mengalami kecederaan pada paru-paru, patah bahu dan bengkak kepala. Turut cedera dua beranak dalam Toyota Vellfire namun, identitinya belum diperolehi.

"Pada masa sama, tiga pemandu lain berusia 30, 35 dan 60 tahun tidak cedera," katanya.

Katanya, mangsa maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah 'polytrauma secondary to road traffic accident'.

"Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.