Nahas bas di Bolivia ragut 24 nyawa

Iklan
Bas malang tersebut membawa 45 penumpang

LA PAZ - BOLIVIA. Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun dalam kemalangan membabitkan bas dan lori sampah di bandar Oruro, semalam.

Nahas dipercayai berpunca akibat kabus tebal, namun siasatan menyeluruh sedang berjalan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, bas malang berkenaan membawa 45 penumpang dan dalam perjalanan menuju Oruro dari pekan Villazon berhampiran sempadan Argentina. - Agensi