CEO Perak FC letak jawatan

Iklan
Rizal Ali

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa pada Isnin.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membolehkan individu lain menerajui pengurusan kelab itu.

Iklan
Iklan

"Saya melepaskan jawatan sebagai CEO Perak FC dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku terhadap pasukan.

"Dengan peletakan jawatan ini, saya membuka laluan kepada orang lain untuk menerajui Perak FC,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Isnin.

Iklan

Rizal Ali dilantik menerajui pengurusan Perak FC pada 20 Februari 2021 dan mempunyai pengalaman sebagai Pengurus Pasukan Piala Presiden Perak serta Pengurus Pasukan PKNP FC.

Beberapa hari lalu, tular gambar poster yang ditampal di sebuah lokasi di Ipoh mendesak Rizal Ali meletakkan jawatan sebagai CEO Perak FC.

Iklan

Kontroversi mula melanda Perak FC apabila timbul isu tunggakan gaji pemain yang gagal dilunaskan pihak pengurusan sehingga membawa kepada kemerosotan prestasi pasukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggakan gaji Perak FC tak patut berlaku

Kemudian pada 7 Mei, Rizal Ali mengumumkan bahawa Kapten Perak FC, Shahrul Mohd Saad dan penyerang, Guilerme de Paula sudah menghantar surat untuk meninggalkan pasukan.

Pada 8 Mei, Shahrul dan de Paula diumumkan sebagai pemain baharu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam perlawanan pada Ahad, Perak FC mencatat kekalahan 2-3 ketika perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Perak.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan balingan flare dipercayai daripada penonton yang tidak berpuas hati dengan prestasi skuad The Bos Gaurus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya dua pemain tinggalkan Perak FC