SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) terpilih menganjurkan promosi jualan ayam murah sempena Aidilfitri.
Nafas dalam satu kenyataan berkata, jualan istimewa ayam akan dipasarkan dengan harga antara RM5.50 hingga RM6 seekor bagi ayam jenama Peladang 1.2 kilogram (kg) dan RM11 seekor bagi ayam potong jenama Peladangku (2kg).
Menurut kenyataan itu, promosi berkenaan akan diadakan di lapan negeri serta lokasi terpilih pada 11 dan 12 Mei 2021.
Kata kenyataan itu lagi, tawaran istimewa kepada para pembeli sempena Aidilfitri adalah dihadkan dua pek untuk seorang.
"Terhad bagi 2,000 ekor ayam sahaja di setiap lokasi. Jangan lepaskan peluang. Produk ayam jenis Super dan Standard jenama Peladang dijamin bersih, berkualiti dan pastinya halal,” kata kenyataan itu pada Ahad.
Orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan ayam jangan lepaskan peluang untuk menikmati jualan murah dengan mengunjungi lokasi-lokasi seperti berikut:
Negeri: Perlis
Lokasi: PPK Mata Ayer
Tarikh Jualan: 11 Mei 2021
Harga: RM6 / seekor (ayam super)/ 1.2 KG
Negeri: Pulau Pinang
Lokasi: PPN Pulau Pinang
Tarikh Jualan: 11 Mei 2021
Harga: RM6 / seekor (ayam super)/ 1.2 KG
Negeri: Kedah
Lokasi: Agrobazaar Rakyat PPK Kubur Panjang
Tarikh Jualan: 11 Mei 2021
Harga: RM6 / seekor (ayam super)/ 1.2KG
Negeri: Selangor
Lokasi: Peladang Mart, PPN Selangor, Shah Alam
Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021
Harga: RM11 / per pek (ayam potong)/ 2KG
Negeri: Putrajaya
Lokasi: Surau Ar Rahim Presint 15, Putrajaya (Tempahan menerusi Whatsapp & self pickup di lokasi)
Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021
Harga: RM11 / per pek (ayam potong)/ 2KG
Hubungi: 019-5898369 (Fais) 016-2921438 (Shakirin)
Negeri: Melaka
Lokasi: Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) PPK Jasin
Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021
Harga: RM5.50 / per KG (ayam standard)
Negeri: Johor
Lokasi: Peladang BizCentre, Batu Pahat Tengah
Tarikh Jualan: 11 Mei 2021
Harga: RM6 / seekor (ayam super) 1.2KG
Negeri: Terengganu
Lokasi: Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) PPK Maras, Kuala Terengganu
Tarikh Jualan: 11 & 12 Mei 2021
Harga: RM5.50 / per kg (ayam standard)