Polis kesan pemandu lawan arus di Jambatan Kuala Selangor

Iklan
Tular gambar sebuah kereta yang memandu secara melawan arus di Kilometer 47.8 Jalan Klang - Teluk Intan di Jambatan Kuala Selangor pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta Proton Wira Aeroback yang memandu secara melawan arus di Kilometer 47.8 Jalan Klang - Teluk Intan di Jambatan Kuala Selangor, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan masih dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurut Ramli, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor melihat video di dalam sebuah laman Facebook pada jam 11.30 pagi Isnin.

"Dalam video berdurasi 0.24 saat itu memaparkan seseorang individu yang tidak dikenali menunjukkan sebuah kereta Wira Aeroback warna cerah telah bergerak melawan aliran trafik di Jambatan Kuala Selangor.

Iklan

"Dalam video tersebut, terdapat individu menyebut nombor pendaftaran berserta warna kenderaan berkenaan," katanya.

Justeru, katanya, pengadu membuat laporan polis supaya satu siasatan dijalankan terhadap pemandu kenderaan terbabit.

Iklan

"Semakan terhadap nombor pendaftaran yang disebut semasa rakaman mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas nama seorang wanita di alamat Kuala Lumpur," ujarnya.

Ramli memberitahu, sepasukan terdiri daripada pegawai dan dua anggota menuju ke alamat pemilik yang didaftar ke atas kenderaan tersebut.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada CCTV dan polis sedang mengesan individu yang memuat naik video itu di Facebook.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.