Tunjuk perasaan seluru AS desak Trump tamatkan 'darurat palsu'

Iklan
Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Rumah Putih di Washington.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tunjuk perasaan diadakan semalam di Washington, New York, Chicago dan berpuluh-puluh lagi bandar di Amerika Syarikat (AS) bagi membantah perisytiharan darurat oleh Presiden Donald Trump dalam usaha mendapatkan pembiayaan untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico yang amat kontroversi.

Beratus-ratus penunjuk perasaan melaungkan protes di luar Rumah Putih pada Isnin, yang merupakan cuti tahunan Hari Presiden AS, sebagai sebahagian daripada demonstrasi di seluruh negara.

Iklan
Iklan

'Tamatkan darurat palsu sekarang', menurut satu sepanduk. 'Kami menyokong pendatang dan pencari suaka', kata sepanduk lain.

Hal Ponder, seorang penduduk Washington dan bekas petugas Kongres berkata, beliau yakin tiada keadaan darurat di selatan sempadan dan Trump sengaja mereka-reka cerita untuk melangkau Kongres bagi menunaikan janji khasnya semasa berkempen.

Iklan

"Ini semua adalah permainan politik. Ia tidak benar,” kata Ponder di Dataran Lafayette di depan Rumah Putih.

Pertikaian selama dua bulan berkaitan pembiayaan tembok sempadan antara Rumah Putih dan Kongres Demokrat telah menyebabkan penutupan kerajaan persekutuan bersejarah selama 35 hari yang berakhir pada hujung Januari.

Iklan

Di New York City, beratus-ratus orang berhimpun di Union Square bagi membantah perisytiharan perintah darurat dan dekri Trump yang disifatkan mereka sebagai tidak demokratik dan anti-pendatang.

Trump menandatangani perintah darurat kebangsaan itu pada Jumaat untuk membina tembok di sempadan AS-Mexico dan menunaikan janji khasnya semasa kempen pilihan raya presiden pada 2016.

Langkah itu memberikan kuasa kepada presiden untuk melangkau Kongres bagi mendapatkan akses kepada wang namun ia mencetuskan satu pusingan baharu perundangan dan pertikaian kepartian hampir serta-merta. - Agensi