Taman Tasik Metropolitan Kepong ditutup tiga hari

Iklan
Taman Tasik Metropolitan Kepong

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Taman Tasik Metropolitan Kepong selama tiga hari bermula pada Ahad hingga esok selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Menurut hantaran Facebook DBKL, penutupan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu juga susulan pelaksanaan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Iklan
Iklan

"Pihak DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini," demikian menurut hantaran itu.

DBKL berkata, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Iklan
Iklan

Kerajaan sebelum ini mengumumkan premis termasuk bazar Ramadan yang disenaraikan di bawah sistem HIDE sebagai lokasi berisiko Covid-19 dalam penularan virus itu akan diarahkan tutup selama tiga hari. - Bernama