China terus bantu India, hantar pelbagai bantuan perubatan

Iklan
Susulan jumlah kes positif Covid-19 di India yang meningkat mendadak, China sekali lagi hulur bantuan dengan menghantar pelbagai peralatan dan bahan perubatan.

BANGALORE - Susulan jumlah kes positif Covid-19 di India yang meningkat mendadak baru-baru ini, China sekali lagi menghulurkan bantuan dengan menghantar pelbagai peralatan dan bahan perubatan.

Menerusi akaun media sosial, Duta China ke India, Sun Weidong berkata, peralatan perubatan itu termasuk mesin penghasil oksigen dan mesin bantuan pernafasan yang diderma Palang Merah China.

Iklan
Iklan

Bantuan itu tiba di Bangalore, India dari Chengdu pada pagi Ahad.

Selain itu, Palang Merah China turut merancang untuk menyediakan bantuan kewangan kepada Palang Merah India.

Iklan

Sebelum ini, jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin memaklumkan, China telah menyediakan sejumlah 26,000 mesin bantuan pernafasan dan mesin penghasil oksigen, serta 15,000 alat pengawasan selain ubat atau bahan ubat seberat 3,800 tan.

Syarikat-syarikat China sedang berusaha mempergiat pengeluaran dan mempercepat penghantaran bahan berkenaan ke India. - Bernama

Iklan