Ketua Polis KL nafi tidak pakai pelitup muka

Iklan
Azmi bersama pegawainya ketika melakukan tinjauan pematuhan SOP di Bazar Aidilfitri di Jalan TAR, Kuala Lumpur pada Ahad

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim menafikan dakwaan kononnya beliau tidak memakai pelitup muka ketika meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini pada Ahad.

Menurutnya, beliau hanya membuka pelitup muka untuk sesi temu bual bersama sebuah stesen televisyen yang disiarkan dalam slot berita secara langsung.

Iklan
Iklan

"Ini kerana pelitup itu dikhuatiri mengganggu kejelasan penyampaian mesej berikutan lokasi bazar itu agak bising," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu, satu video wawancara di Jalan TAR, membabitkan Ketua Polis Kuala Lumpur telah dimuat naik seorang individu di platform TikTok.

Iklan

Azmi berkata, dalam video itu, individu berkenaan menyatakan ‘Sekarang ini Datuk tak pakai pelitup muka. Dia suruh orang ikut SOP tapi pelitup muka dia mana? Jadi kita saman dia’.

"Menjelaskan berkenaan isu pemakaian pelitup muka, saya hanya membuka pelitup itu sejurus sebelum wawancara bermula dan terus memakai pelitup muka sebaik selesai wawancara,” katanya.

Iklan

Orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.