Peniaga terpaksa lelong barangan jualan ekoran PKP

Iklan
Mohd Nor Azrul menyusun pakaian yang dijual pada separuh harga di Bazar Aidilfitri Bukit Sekilau.

KUANTAN - Peniaga di bazar Aidilfitri terpaksa menanggung kerugian dengan melelong barang jualan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kuantan, bermula pada Isnin.

Rata-rata peniaga mengakui kecewa, namun terpaksa akur dengan keputusan itu bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Peniaga pakaian, Mohd Nor Azrul Kamaruzzaman, 35, berkata,

disebabkan bazar Aidilfitri tidak lagi dibenar beroperasi, dia terpaksa menjual pakaian pada separuh harga bagi menghabiskan stok.

Iklan

Menurutnya, hanya itu saja cara untuk menghabiskan stok baju yang masih lagi banyak, daripada terus menanggung kerugian berganda.

"Saya sama sekali tidak menjangkakan perniagaan ini terpaksa ditutup awal. Jangan kata nak dapat untung, malah hanya menanggung rugi.

Iklan

"Perintah PKP yang begitu drastik menyebabkan saya terpaksa menawarkan separuh harga dan melelong semua pakaian," katanya ketika ditemui di bazar Aidilfitri di Bukit Sekilau pada Isnin.

Peniaga bazar Aidilfitri terpaksa melelong barangan jualan bagi mengelak kerugian teruk. (Gambar kecil: Izzat Amsyar)

Sementara itu, seorang lagi peniaga pakaian, Izzat Amsyar Ishak, 31, berkata, penutupan bazar Aidilfitri secara mengejut menyebabkan dia kerugian hampir RM25,000 kerana masih banyak pakaian yang tidak terjual.

"Tahun lalu kita sudah tidak boleh berniaga, pendapatan langsung tiada. Tahun ini berdepan sedikit kerugian apabila bazar Adilfitri terpaksa ditutup sebab PKP.

"Jadi, mahu tidak mahu, kami terpaksa memberikan harga lelong, sekurang-kurangnya kami dapat sedikit pendapatan untuk bayar gaji pekerja," katanya.

Bagi, peniaga biskut raya dan kerepek, Ishah Aina Wahab, 28, berkata, peniaga amat kecewa dengan keputusan penutupan bazar berkenaan, namun terpaksa akur selepas pelaksanaan PKP.

"Terus terang saya cakap untung tidak banyak, lagi pun bazar Aidilfitri baru beroperasi kurang tiga minggu sejak Ramadan," katanya.