MOGADISHU - Seorang pengebom bunuh diri menyasarkan sebuah balai polis di ibu negara Somalia, membunuh sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua pegawai kanan penguatkuasa undang-undang dan menyebabkan lebih empat yang lain cedera pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik pegawai.
"Enam orang, termasuk ketua polis Waberi Ahmed Bashane dan Wakil Komandan Polis Waliyow Adde Abdi Basid, terbunuh dalam serangan yang menyasarkan Balai Polis Waberi Mogadishu pada Ahad malam," menurut media kerajaan Somalia memetik polis.
Perdana Menteri, Mohamed Hussein Roble, yang sedang mengerjakan umrah, mengecam serangan itu.
"Saya mengecam serangan pengganas di balai polis daerah Waberi. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakyat Somalia atas kehilangan nyawa dan harta benda. Semoga mereka yang cedera cepat pulih," kata Roble dalam kenyataan ringkas yang disiarkan di Twitter.
Setakat ini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama