KABUL - Taliban mengumumkan gencatan senjata dengan kerajaan Afghanistan selama tiga hari sempena Aidilfitri, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Taliban pada Isnin.
"Untuk membolehkan penduduk meraikan hari raya dengan aman, Taliban akan menghentikan semua serangan terhadap musuh di seluruh negara dari hari pertama hingga ketiga Aidilfitri," kata Zabihullah Mujahid di Twitter.