Kes tembak: Polis selesai rakam percakapan individu terlibat

Iklan
Lokasi kejadian di hadapan Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan di Gerik. - Foto ihsan pembaca

IPOH - Polis selesai merakam percakapan beberapa individu yang terlibat dalam insiden seorang bekas tentera maut ditembak selepas cuba menceroboh pos kawalan Batalion ke-4 Regimen Sempadan di Gerik, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak untuk tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan akan dilengkapkan dengan kadar segera," katanya ketika dihubungi pada Isnin namun tidak mendedahkan identiti individu yang dirakam percakapan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut ditembak ceroboh kem tentera

Iklan

Sementara itu, Mior Faridalathrash berkata, bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini selesai pada 2 petang Ahad dan jenazah lelaki berusia 35 tahun itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Nenering, Pengkalan Hulu kira-kira lima jam kemudian.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, seorang lelaki bersenjatakan parang cuba menceroboh ke kawasan batalion berkenaan dengan memanjat pagar pintu hadapan dan kemudiannya telah diberikan amaran oleh anggota tentera yang berkawal di pos pengawal pintu hadapan berkenaan namun telah bertindak agresif dengan menyerang menggunakan senjata yang dibawa.

Iklan

Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut merupakan bekas tentera yang ditamatkan perkhidmatan pada 2013 kerana mempunyai masalah kesihatan mental. - Bernama