ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Kuala Samak dekat Baling pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian pada 3.28 petang itu, pelajar berusia 16 tahun dan seorang lagi berumur 15 tahun merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, maut di tempat kejadian.