Enrico’s berkongsi rezeki

Iklan
Penggunaan minyak sapi Ghee dalam penghasilan bubur lambuk telah memberikan rasa yang sedap.

SHAH ALAM- Enrico’s berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui penajaan penggunaan minyak sapi keluarannya, Ghee untuk menghasilkan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur sejak 11 tahun lalu.

Pengurus Bahagian Pemasaran, Pengiklanan serta Promosi Enrico’s, Syed Zainul Alhady berkata, pada setiap tahun, Enrico’s akan memperuntukkan sebanyak RM10,000 berbentuk produk minyak sapi, Ghee pada setiap tahun sejak 2008.

Iklan
Iklan

"Kami memilih untuk menaja penghasilan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru kerana ia menjadi pilihan utama penduduk di kawasan sekitar dan terkenal di seluruh negara.

"Penggunaan Ghee dalam penyediaan bubur lambuk ini telah menambahkan lagi kesedapan bubur lambuk yang menggunakan resipi turun-temurun lebih 100 tahun yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Syed Zainal berkata, Enrico’s menaja Ghee dalam menghasilkan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.

"Kami menaja minyak sapi bermula pada hari pertama umat Islam berpuasa sehingga hari akhir pengedaran bubur lambuk.

Iklan

"Secara tidak langsung, melalui penajaan ini, kami berkongsi rezeki dengan orang ramai dan mengambil keberkatan bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Masjid Jamek Kampung Baru, Mohalim Isman berkata, beliau bersyukur dapat menyambung semula kesinambungan tradisi memasak bubur lambuk selepas tidak dapat berbuat demikian kerana pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

"Saya berterima kasih kepada syarikat Enrico’s yang selama ini membantu dari segi penggunaan minyak sapi dan memang memberikan rasa berbeza. Kami telah menggunakan minyak sapi keluaran Enrico’s selama 11 tahun.

"Memang terdapat banyak perbezaan penggunaannya dalam menyediakan bubur lambuk. Orang ramai yang merasai bubuk lambuk ini memberikan maklum balas bahawa penggunaan minyak sapi Enrico’s telah menyebabkan bubur lambuk bertambah sedap,” katanya.