MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan bermula di seluruh negara pada Rabu bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, sebelum ini beliau telah membuat permohonan dan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memberi kelonggaran aktiviti ziarah dan sambutan raya pada 1 Syawal di negeri ini.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun menurutnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan PKP dan ia perlu dihormati susulan situasi jangkitan kes Covid-19 yang menunjukkan angka peningkatan.
"Saya sudah bawa hasrat kerajaan negeri untuk meminta PKP ditangguhkan seketika dan dilaksanakan selepas raya iaitu dua atau tiga hari raya.
"Ini kerana Rabu (12 Me) adalah hari mantai yang mana orang ramai akan sibuk untuk membuat persiapan menyambut hari raya, namun MKN meneruskannya kerana peningkatan jumlah jangkitan Covid-19," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berharap rakyat bersabar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Artikel Berkaitan