Saksi pening, tak ingat apa-apa

Iklan
Pemandu teksi, K Arumugam, 66, hadir pada prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI

SHAH ALAM - Saksi ke-11 Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim memberitahu dia berada dalam keadaan pening, kelam kabut dan takut selepas teksinya dilanggar jentera Fire Rescue Tender (FRT) dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman November lalu.

K Arumugam, 66, berkata, dia tidak ingat apa-apa yang berlaku setelah pengunduran FRT.

Iklan
Iklan

"Saya tidak nampak sesiapa yang turun atau naik ke FRT ataupun van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kerana memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengunduran jentera itu," katanya dalam pemeriksaan utama oleh pegawai pengendali Zhafran Rahim Hamzah.

Zhafran: Bagaimana kenderaan kamu setelah dilanggar?

Iklan

Arumugam: Selepas dilanggar, teksi saya berpusing dan menghadap ke belakang.

Zhafran: Apa yang jadi selepas itu?

Iklan

Arumugam: Saya tak ingat apa- apa. Cuma ingat saya telah ditolong orang ramai keluar dari kereta kerana pintu tidak boleh dibuka.

Selepas itu, saya berasa pening jadi saya masuk semula ke dalam teksi selama 30 minit.

Zhafran: Kenderaan kamu mengalami kerosakan pada bahagian mana?

Arumugam: Hadapan dan sisi kanan.

Arumugam, berkata, dia tidak nampak sesiapa yang naik dan turun dari kenderaan bomba sewaktu pengunduran.

"Saya tidak nampak sebab sudah pening," katanya.

Menurutnya, selepas setengah jam berada di dalam teksi, baru dia dapat menenangkan diri.

"Pada masa itu, kenderaan saya dihampiri oleh seorang pemandu trak penunda dan tanyakan kepada saya:"Sekarang macam mana?" kerana teksi saya berada di tengah-tengah jalan dan menghalang jalan tersebut.

"Dia bawa saya ke Balai Polis USJ 18 untuk membuat laporan dan membawa teksi ke stor mereka.

"Pada masa itu saya tidak membawa telefon, jadi seseorang telah menempah Grab untuk saya pulang ke rumah," katanya.

Prosiding hari ketujuh di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung semula Khamis ini.