Warga asing diberkas palsukan dokumen rentas negeri

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang warga asing diberkas dipercayai memalsukan dokumen rentas negeri di Kuala Lumpur Sentral di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek diberkas polis kira-kira jam 7.50 pagi di pintu ketibaan KTM KL Sentral, Kuala Lumpur di sini.

Iklan
Iklan

"Suspek menyatakan baru pulang dari Langkawi, polis kemudiannya membuat semakan surat rentas negeri dan dapati nombor siri adalah palsu dan surat rentas negeri tersebut telah tamat tempoh pada 8 Mei lalu dikehendaki berada di Nilai, Negeri Sembilan.

"Siasatan polis mendapati suspek berumur 26 tahun itu telah menaiki KTM dari Sungkai pada jam 5.59 pagi dan tiba di KL Sentral pada jam 7.46 pagi, borang rentas negeri suspek mempunyai cop Balai Polis Nilai tetapi disahkan tidak berdaftar dengan Balai Polis tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Anuar berkata, semakan pada borang rentas negeri suspek didapati terdapat catatan nombor siri 108/3.

"Suspek telah meninggalkan rumah dari Nilai pada 24 April 2021 ke Langkawi untuk urusan kerja dan dijangka balik pada 8 Mei 2021.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.