Guardiola patut rasa cemas

Iklan
GUARDIOLA

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola wajar untuk merasa cemas menjelang pertemuan dengan Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik Ataturk pada 30 Mei ini.

Bekas pemain Liverpool, Michael Owen berkata, dua rekod perlawanan terakhir kedua-dua pasukan yang memihak Chelsea menyaksikan City bakal berdepan tugas berat untuk menyaingi momentum positif yang dimiliki skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

Iklan
Iklan

"Saya fikir City adalah pasukan terbaik dan mungkin kelab terbaik di dunia ketika ini. Tetapi, masalahnya sekarang adalah mereka akan bertemu pasukan yang sangat sukar untuk ditewaskan iaitu Chelsea.

"Chelsea berada pada prestasi terbaik yang tiada orang jangka selama ini dan mereka menjadi pasukan sangat liat untuk dikalahkan ketika ini.

Iklan

"Jika saya menjadi Guardiola, mungkin saya akan sedikit cemas. Saya lebih rela bertemu pasukan lain di perlawanan akhir tersebut selain Chelsea," katanya.

City ditewaskan oleh Chelsea 1-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lalu selain turut kecundang di tangan lawan yang sama pada aksi separuh akhir Piala FA 18 April lalu.

Iklan

Prestasi semasa Chelsea itu memperlihatkan mereka mampu untuk menghadirkan kejutan di pentas final Liga Juara-Juara, sekali gus menjulang trofi tersebut buat kali kedua selepas melakukannya pada 2012.

Dalam masa sama, Owen menyifatkan Chelsea mempunyai kekuatan seimbang di semua posisi yang dilihat mampu menyaingi City pada aksi final Liga Juara-Juara kali ini.

"Walaupun Chelsea dibarisi ramai pemain muda, namun mereka mempunyai kualiti sebagai sebuah pasukan, ditambah pula dengan taktikal berkesan diterapkan Thomas Tuchel," ujarnya.