PENGEDAR-PENGEDAR BMW yang bertauliah kini menawarkan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi platform e-dagang, Lazada untuk memberikan pengguna kemudahan akses kepada Servis dan Minyak Enjin BMW Original (Original BMW Engine Oil and Service) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkayakan pengalaman pemilikan premium BMW.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, usaha ini bertujuan untuk meningkatkan taraf pengalaman pemilikan BMW."Kami berasa teruja untuk menjalin kerjasama dengan platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia untuk membolehkan Servis dan Minyak Enjin BMW Original lebih mudah untuk didapati oleh para pemilik BMW.
Iklan
Iklan
"Ia juga menandakan sebuah penawaran selepas jualan (after-sales) yang pertama oleh wakil-wakil pengedar bertauliah BMW menerusi platform e-dagang yang membolehkan pemilik BMW menikmati pengalaman pemilikan yang sempurna di mana-mana sahaja mereka berada dengan kemudahan internet,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Selepas Jualan BMW Malaysia, Stefan Sloboda berkata, dengan penglibatan pelbagai pengedar, BMW dapat menjamin prestasi, efisiensi dan perlindungan yang optimum bagi enjin kenderaan pelanggan.
Pada masa sama, menyampaikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya menerusi perkhidmatan penyelenggaraan BMW yang berkualiti tinggi.
Pakej Servis Minyak Enjin BMW ditawarkan bermula dari harga RM450 dan ke atas bagi model-model yang tertentu dalam kelompok kenderaan BMW 3 Series (E46 dan E90) dan BMW 5 Series (E60). Semua pakej tersebut merangkumi Minyak Enjin BMW Original, Penapis Minyak BMW serta servis yang berkenaan.PENGGUNA kini berpeluang membeli pakej servis minyak enjin BMW di platform online terkemuka, Lazada.