JAKARTA - Tujuh terbunuh, sembilan yang lain cedera dan satu lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan perlombongan emas pada Isnin di wilayah Sumatera Barat, Indonesia, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap agensi nasional pengurusan bencana Raditya Jati pada Selasa.
Memetik laporan ketua bahagian kecemasan dan logistik agensi pengurusan bencana tempatan, Jati berkata, kejadian itu berlaku setelah hujan lebat berterusan di daerah Solok Selatan dari petang Ahad hingga awal pagi Isnin.