PKPD: Warga emas tetap hidang ketupat palas 1 Syawal

Iklan
Habsah menunjukkan sarung ketupat yang sudah siap di rumahnya di Kampung Paya Ular, Pasir Mas.

PASIR MAS - Seorang warga emas tetap menggagahkan kudratnya bagi menyiapkan ketupat palas lemak dan manis untuk dihidangkan pada 1 Syawal meskipun terpaksa menyambut lebaran dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan pandemik Covid-19.

Habsah Noor, 64, dari Kampung Paya Ular di sini berkata, hidangan ketupat dijadikan sebagai 'pengubat' kesedihan selepas tidak dapat beraya ekoran pelaksanaan PKPD di kawasan itu bermula 9 Mei lalu hingga 22 Mei depan.

Iklan
Iklan

"Walaupun PKPD, saya tetap membuat persiapan Aidilfitri dengan menyediakan ketupat palas lemak dan manis untuk dijamah pada 1 Syawal," katanya.

Menurutnya, hidangan itu sudah cukup menggembirakan selepas 'terputus' hubungan dengan sanak-saudara.

Iklan

Mengulas lanjut, Habsah memberitahu sebanyak dua kilogram (kg) beras pulut digunakan untuk menyediakan ketupat tersebut dalam masa sama berharap anak-anak dan cucu-cucunya yang berada berdekatan tetap gembira menyambut Aidilfitri dalam suasana PKPD.

Katanya, semua cucunya amat menggemari juadah tersebut setiap kali hari raya.

Iklan

"Kami hanya mampu berada di dalam rumah dan seluruh keluarga sudah menjalani ujian saringan selepas 64 penduduk telah dikesan positif Covid-19.

"Saya harap penduduk yang terlibat supaya terus berdoa agar Covid-19 yang menyerang kawasan ini segera beredar agar kita semua dapat kembali jalani kehidupan normal seperti sebelum-sebelum ini," katanya.

Selain Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas turut dikenakan perintah PKPD di daerah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kampung di Pasir Mas, Kelantan kena PKPD

PKPD Bunut Susu: 1,500 penduduk jalani saringan Covid-19