Warisan terbuka kerjasama dengan PBS

Iklan
Mohd Shafie Apdal - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) kini terbuka untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti nasional lain di Semenanjung, bagi membina sebuah negara yang lebih baik untuk rakyatnya, kata Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, kerjasama antara parti politik adalah penting, kerana tidak ada mana-mana parti yang boleh menubuhkan kerajaan sendirian, tetapi kerjasama itu perlulah berdasarkan kepada kepentingan negara dan bukan kedudukan yang akan diterima pemimpin parti.

Iklan
Iklan

Ditanya mengenai kenapa Warisan mahu bekerjasama dengan PBS, beliau menjelaskan, PBS adalah sebuah parti tempatan yang mempunyai sejarahnya di Sabah, dan beliau secara peribadi mengenali pemimpin parti itu terutamanya Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

"Secara jujurnya saya mahu bekerjasama dengan PBS, (PBS adalah) sebuah parti tempatan kami kenal sentimen dan perjuangan mereka... tetapi tidaklah seperti kami terdesak atau apa-apa, tetapi kami terbuka kepadanya (kerjasama dengan PBS).

Iklan

"Tentu sekali kami perlu bersama dengan parti nasional di Semenanjung juga, tetapi mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan kami perlu mempunyai kepentingan Sabah, ia satu kerjasama dua hala, ia bukan sahaja apa yang kami boleh berikan, tetapi juga apa yang anda boleh berikan kepada Sabah,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian pada Selasa.

Mohd Shafie berkata, sebelum berbincang mengenai mengadakan kerjasama dengan parti politik lain, Warisan perlu memperkuatkan diri dari dalam, terutamanya apabila berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Iklan

"Saya selalu berpesan kepada orang saya, rumah kita, kita jaga dan bangunkan, dan jangan berbincang dengan orang lain, jika parti kita tidak cukup kuat... mereka (parti lain) boleh bekerjasama, bergabung dengan mereka, tetapi kita perlu perkuatkan diri sendiri, kemudian kita bercakap mengenai kerjasama,” katanya.

Ditanya sama ada Warisan mempunyai persetujuan kerjasama dengan UMNO terutamanya bagi menghadapi PRU yang akan datang, Mohd Shafie berkata, tiada perbincangan untuk kerjasama atau perjanjian antara kedua parti politik itu pada masa ini.

Sementara itu Maximus ketika dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang komen berkaitan kerterbukaan Warisan untuk bekerjasama dengan PBS.

Pada 5 April, Mohd Shafie dilaporkan sebagai berkata, Warisan belum membuat sebarang pendirian selepas memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Gabungan Pakatan Harapan Plus di Sabah. - Bernama